Wednesday, December 9, 2009

Pertandingan Gubahan Kokurikulum Daerah




Saya telah membawa dua orang murid untuk menyertai pertandingan gubahan dalam Karnival Koko Daerah. Dua orang murid lelaki itu telah diajar untuk membuat gubahan menggunakan kain tuala. Walaupun agak kecewa kerana tidak menjadi johan, namun tahniah kerana mendapat tempat ketiga. Agak mencabar juga untuk melatih murid lelaki membuat gubahan.

Tuesday, December 8, 2009

Memancing di Pantai Bersih



Pada hujung minggu, jika ada masa terluang, saya dan keluarga akan pergi memancing. Sebenarnya, hobi ni baru saja...gara-gara ajakan seorang kawan.
Antara tempat yang selalu pergi ialah Pantai Bersih. Di sana, selain pantainya sesuai untuk anak-anak bermain, ikan sembilang juga banyak. Sesiapa yang minat memancing, jika nak bawa anak-anak eloklah ke sana.

Tuesday, December 1, 2009

MENGGAMIT KENANGAN DI CAMERON HIGHLAND



Percutian bersama keluarga tercinta di Cameron Highland.Syukurlah kerana dapat juga pergi bercuti bersama keluarga di Cameron Highland. Walaupun ini bukannya kali yang pertama, namun percutian kali ini lebih bermakna. Kami menginap di Star Ragency Hotel,Brinchang. Antara tempat-tempat yang dilawati seperti Ladang Teh Boh,Cactus Point,Rose Valley dan banyak lagi.

SELAMAT DATANG

Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini masih baru, jika ada apa-apa idea, boleh cadangkan.